SATU notis merah Interpol telah dikeluarkan terhadap bekas pengetua yang lesap, Poh Yuan Nie, yang dijatuhi hukuman penjara empat tahun bagi beberapa kesalahan menipu dalam peperiksaan GCE peringkat 'O' pada 2016.
Waran tangkapan juga telah dikeluarkan, kata polis dalam satu kenyataan Khamis lalu. Ia menambah bahawa polis telah meminta maklumat tentang kedudukan bekas pengetua berusia 57 tahun itu.






