Apabila anak sulungnya tiba-tiba tidak sedarkan diri hanya beberapa hari selepas dilahirkan, Cik Siti Khairunnisa Zulkifle, bergegas membawanya ke hospital tanpa mengetahui apakah sebenarnya berlaku.
Mengimbau detik itu, Cik Khairunnisa berkata beliau membiarkan bayinya menangis tanpa disusukan kerana patuh pada nasihat jururawat supaya menetapkan selang masa tiga jam bagi setiap penyusuan.





