ORANG ramai boleh berkongsi panduan dan maklumat serta memimpin inisiatif dalam menyebar kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada teman serta orang tersayang dengan menyertai sebuah skim baru yang dilancarkan Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura (SRSC).
Skim relawan 'Friends of SRSC', yang dilancarkan sempena pelancaran Bulan Keselamatan Jalan Raya, bertujuan memberi setiap individu peluang untuk memainkan peranan dalam mempertingkatkan kesedaran terhadap...





