PEMBUKAAN sempadan sejak 1 April lalu membawa gambaran berbeza bagi para peniaga di Singapura dan di Johor Bahru. Para peniaga di Johor yang ditemui Berita Harian (BH) menggambarkan perniagaan mereka seperti 'durian runtuh'.
Ini kerana warga Singapura mengambil kesempatan ke seberang Tambak bukan sahaja untuk melepaskan rindu tetapi berbelanja sakan di sana.





