LEFTENAN (LT) Nurul Khairiah Azhar (gambar) telah menanam hasrat untuk berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sejak kecil lagi.
Justeru, sebaik selesai pengajian peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam pengurusan penerbangan pada April tahun lalu, beliau tidak membuang masa dan memohon untuk menyertai SAF dalam bulan yang sama.





