MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, kelmarin menemui Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (gambar), dalam lawatannya ke Bandar Seri Begawan.
Dalam rangka lawatan selama tiga hari yang berakhir semalam, Encik Masagos juga telah berjumpa dengan Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, kelmarin.





