Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik Edwin Tong (barisan kedua, paling kiri) bersama para finalis Singapore Silent Heroes Awards 2026, yang diiktiraf atas sumbangan mereka kepada masyarakat tanpa mengharapkan ganjaran atau perhatian.
SingapuraSep 24, 2026 | 2:45 PM

Edwin Tong: Perbuatan kecil mampu bina masyarakat lebih prihatin

Perbuatan kecil yang dilakukan secara konsisten mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan seseorang dan membantu membina masyarakat Singapura yang lebih kukuh dan prihatin, kata Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik Edwin Tong.

Beliau menekankan bahawa meskipun dasar dan program pemerintah menyediakan struktur sokongan yang penting, ia tidak dapat menggantikan sentuhan manusia, rasa ihsan serta keprihatinan antara anggota...

bakat digital Johor, JS-SEZ, peluang pekerjaan
MalaysiaSep 24, 2026 | 4:09 PM

Johor perkukuh bakat digital demi rebut peluang kerja JS-SEZ

JOHOR BAHRU: Johor mahu memperkukuh pembangunan bakat digital bagi memastikan anak negeri itu memiliki kemahiran dan keupayaan untuk merebut peluang pekerjaan baru yang bakal berkembang menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali, berkata usaha itu turut menyokong perancangan pembangunan Majlis Digital Negeri Johor yang sedang diperincikan.

Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Encik Tan Kiat How, di Forum Global Masa Depan China Ke-17 yang diadakan di Ekspo dan Pusat Konvensyen Marina Bay Sands pada 24 September.
SingapuraSep 24, 2026 | 4:07 PM

S’pura tumpu pada usaha bina ‘trek’ sendiri dalam perlumbaan AI

Singapura tidak boleh bersaing dari segi skala mahupun menandingi perbelanjaan kuasa ekonomi terbesar dunia dalam perlumbaan kecerdasan buatan (AI).

Namun, negara ini boleh membina ‘trek’ sendiri di mana kekuatan uniknya memberi kelebihan tersendiri, kata Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Encik Tan Kiat How.

Singapura berhasrat menyertai barisan negara yang boleh membantu mempercepatkan proses meluluskan vaksin apabila pandemik membawa maut seterusnya melanda.
SingapuraSep 24, 2026 | 3:52 PM

Ye Kung: S’pura mahu bantu WHO luluskan vaksin baharu ketika krisis global

Singapura berhasrat menggalas sebahagian tugas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) apabila pandemik membawa maut seterusnya melanda, dengan menyertai barisan negara yang boleh membantu mempercepatkan proses meluluskan vaksin, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Langkah ini akan melibatkan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bertindak sebagai badan kawal selia untuk meluluskan vaksin baharu semasa penularan wabak.

banjir nepal
DuniaSep 24, 2026 | 3:50 PM

33,000 mangsa banjir Nepal perlu dipindahkan ke kawasan lebih selamat

KATHMANDU: Kira-kira 33,000 penduduk Nepal yang terjejas akibat banjir besar Ogos lalu perlu dipindahkan secara kekal ke kawasan lebih selamat kerana kediaman asal mereka berisiko dilanda bencana serupa pada masa depan.

Ketua Penguasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal, Encik Dharam Raj Uprety, berkata kawasan yang menunjukkan kesan banjir, termasuk lokasi yang paras airnya meningkat sehingga 13 meter melebihi...

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata keupayaan membangunkan dan menghasilkan vaksin mRNA akan membantu kesediaan Singapura menghadapi pandemik.
SingapuraSep 24, 2026 | 3:38 PM

Vaksin mRNA baharu dibangunkan dan dihasilkan di S’pura bagi bina kepakaran, kesediaan hadapi Penyakit X 

Singapura sedang mempertimbangkan untuk menyokong pembangunan dan pengeluaran vaksin influenza mRNA baharu di sini.

Langkah itu akan meningkatkan tahap kesediaan negara ini dalam menghadapi pandemik dengan ketara dan menjadi kunci untuk membantu Singapura mengharungi wabak seterusnya, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video

[OMGxBH] Apabila orang dewasa cuba kertas matematik PSLE...
Play Video

Dahulu pelanggan beratur di luar kedai, kini niaga ‘bombolini’ di TikTok Live
Play Video

3 tarikan utama Festival of Thrills!
Play Video