SINGAPURA dan negara serantau menghadapi risiko sederhana dilanda jerebu yang teruk tahun ini, disebabkan kenaikan harga komoditi pertanian yang boleh mendorong peluasan ladang kelapa sawit di rantau ini, menurut satu badan penyelidikan setempat.
Institut Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) berkata dalam laporan tahunannya mengenai jerebu bahawa terdapat risiko "sederhana" jerebu teruk yang merentas sempadan tahun ini.





