AKTIVIS Gilbert Goh dikenakan arahan pembetulan di bawah undang-undang berita palsu Singapura berkaitan satu pos Facebook yang dibuatnya bulan lalu, mengenai seorang wanita dan pasangannya yang dikatakan memerlukan bantuan kewangan serta-merta tetapi tidak tahu daripada siapa boleh mereka dapatkan bantuan.
Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata pos Encik Goh itu memberi gambaran palsu bahawa wanita...






