BILANGAN jenayah berkaitan pisau yang melibatkan pembunuhan, rompakan, rusuhan dan kecederaan serius kekal stabil, dengan puratanya mencecah sekitar 150 kes setiap tahun dalam tempoh lima tahun lalu.
Mendedahkan angka ini di Parlimen semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan, berkata 36 peratus daripada jenayah ini berlaku di kawasan perumahan, 3 peratus di kawasan pendidikan, dan bakinya di tempat...






