PROGRAM untuk melatih wanita dalam bidang tertentu, program bimbingan kerjaya, serta geran keusahawanan merupakan antara saranan Anggota Parlimen untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi wanita.
AP yang menyertai perbahasan mengenai Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura semalam telah mengusulkan langkah meluaskan pilihan kerjaya, menyokong keusahawanan serta meraih peluang peringkat global bagi pekerja wanita.





