SEDANG masyarakat Islam Singapura menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, usah kita lupa terhadap golongan kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan.
Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita harus berikan lebih banyak perhatian terhadap nasib mereka kerana tidak seperti kebanyakan anggota masyarakat lain, golongan tersebut mungkin menghadapi cabaran lebih getir.





