BILANGAN pengunjung yang melepasi Lapangan Terbang Changi sepanjang minggu lalu telah mencapai 31 peratus trafik penumpang sebelum pandemik Covid-19.
Ini merupakan kenaikan ketara daripada 18 peratus, sebulan lalu, dengan pemulihan hab udara kini giat aktif menyusuli pembukaan semula sempadan Singapura pada 1 April kepada semua pengunjung yang telah jalani vaksinasi penuh terhadap Covid-19.





