Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu, model ladang DoMo
SingapuraSep 29, 2026 | 4:09 PM

Ladang telur keempat S’pura bekal telur gred Jepun mula binaan selepas empat tahun tertangguh

Ladang telur keempat Singapura, yang pada asalnya dijadualkan mula beroperasi pada 2024, kini akan memulakan pengeluaran pada 2028.

DoMo Farm ingin membawa telur bergred Jepun – yang mempunyai kuning telur berwarna jingga tua dan selamat dimakan mentah – kepada pengguna Singapura menjelang tahun tersebut.

Sistem lampu isyarat pintar menggunakan sensor, kamera litar tertutup berasaskan kecerdasan buatan, pemasa dan alat kawalan untuk menyelaraskan tempoh lampu antara persimpangan berdasarkan jumlah kenderaan.
MalaysiaSep 29, 2026 | 5:41 PM

Johor perluas sistem lancarkan trafik

JOHOR BAHRU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor memperluas penggunaan lampu isyarat pintar kepada keseluruhan 46 persimpangan menerusi dua fasa pelaksanaan, dengan fasa kedua dirancang siap pada suku keempat 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata fasa pertama melibatkan 25 persimpangan di lima PBT telah siap sepenuhnya setakat September, manakala fasa kedua membabitkan...

GAMBAR FAIL: Anggota penyelamat menjalankan operasi di lokasi nahas selepas sebuah kereta api penumpang merempuh gerabak belakang kereta api komuter di Stesen Bekasi Timur, Indonesia, pada 28 April 2026. Polis Indonesia pada 29 September mendakwa pemandu kereta api terbabit atas tuduhan gagal membrek lebih awal dalam nahas yang meragut 16 nyawa wanita.
DuniaSep 29, 2026 | 5:38 PM

Pemandu kereta api Indonesia didakwa cuai dalam nahas ragut 16 nyawa wanita

JAKARTA: Polis Indonesia pada 29 September mendakwa seorang pemandu kereta api atas tuduhan gagal membrek lebih awal bagi mengelakkan perlanggaran dua kereta api berhampiran Jakarta pada April lalu, yang mengorbankan 16 wanita dan mencederakan 107 orang.

Nahas pada 28 April itu berlaku apabila sebuah kereta api jarak jauh merempuh gerabak khas wanita di bahagian belakang sebuah kereta api komuter yang...

Menteri Kedua Pendidikan, Encik David Neo, menyampaikan ucapan di Forum Institut Pengajian Dasar (IPS) mengenai Ibu Bapa dan Persekolahan di Persatuan Universiti Nasional Singapura (NUSS) Kent Ridge Guild House, pada 29 September.
SingapuraSep 29, 2026 | 5:30 PM

David Neo: Mansuh PSLE, DSA bukan penyelesaian tekanan di sekolah

Matlamat pemerintah bukan untuk menghapuskan segala persaingan, tekanan atau kekecewaan dalam pendidikan kerana perkara itu tidak realistik dan tidak mempersiapkan anak-anak dengan baik untuk menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, pemerintah perlu memastikan persaingan tidak menjadi begitu sengit sehingga mengetepikan usaha memupuk sifat yang diperlukan anak-anak untuk berkembang dan berjaya dalam kehidupan, demikian ditekankan Menteri Kedua Pendidikan, Encik David Neo, pada 29 September.

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), Mohd Zaid Abdul Jalil, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada 29 September, berkaitan pelantikan Synergy Promenade Sdn Bhd bagi projek cadangan pembangunan komersial serta nilai harga pasaran bagi 24 tanah milik Felda, pada 2014.
MalaysiaSep 29, 2026 | 5:16 PM

Mantan CEO anak syarikat Felda dituduh perdaya lembaga pengarah

KUALA LUMPUR: Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada 29 September, atas dua pertuduhan memperdayakan Lembaga Pengarah FIC.

Tuduhan itu berkaitan pelantikan sebuah syarikat bagi projek cadangan pembangunan komersial serta nilai harga pasaran bagi 24 tanah milik Felda, pada 2014.

Pegawai Perubatan di MAHA Klinik, Dr Reshampreet Kaur (kiri) dan pembantu tadbir, Cik Mercy Samuel yang masih bertugas di MAHA Klinik, yang dibuka oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, ketika bertugas sebagai doktor.
MalaysiaSep 29, 2026 | 5:01 PM

MAHA Klinik, saksi cinta Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah

ALOR SETAR: Di sebalik nama MAHA Klinik yang cukup terkenal oleh penduduk di Alor Setar, Kedah, tersimpan kisah istimewa tokoh negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pembantu Tadbir MAHA Klinik, Cik Mercy Samuel, 69 tahun, berkata nama MAHA sendiri sering dikaitkan sebagai gabungan nama Mahathir dan Hasmah, sekali gus menjadi simbol kenangan perjalanan hidup...

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video