KEPUTUSAN untuk tidak menamakan enam calon peguam yang telah menipu dalam peperiksaan boleh menimbulkan keraguan terhadap keseluruhan calon pada tahun itu, padahal calon-calon lain telah lulus peperiksaan mereka dengan jujur, kata jurucakap Pejabat Peguam Negara (AGC), semalam.
Begitulah jawapan terhadap beberapa pertanyaan mengapa Peguam Negara meminta Mahkamah Agung Singapura membatalkan perintah awalnya untuk tidak menamakan enam calon peguam yang terbabit...






