Bagi keluarga Cik Fariedah Kamaruzzaman, bantuan hidangan sedia untuk dimakan (RTE) bukan sahaja memastikan ada lauk di rumah, malah membantu mereka menjimatkan sekitar $50 daripada perbelanjaan dapur setiap bulan.
Penjimatan itu membolehkan Cik Fariedah, 52 tahun, menggunakan wang yang ada bagi keperluan anak perempuannya yang berusia 13 tahun, termasuk wang belanja sekolah $6 sehari dan perbelanjaan berkaitan kelas tambahan.





