BANGKOK: Kira-kira 8,000 bagasi masih terkandas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi selepas banjir menyebabkan kekurangan kakitangan sekali gus menjejas operasi Thai Airways International (THAI).
Pihak berkuasa menjangkakan lambakan itu dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hingga empat hari.





