KENAIKAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak menjejas golongan miskin kerana pemerintah telah menyusun kenaikan itu serta pakej sokongan untuk mengurangkan kesannya, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.
Encik Wong berkata demikian dalam ucapan menggulung perbahasan Belanjawan 2022 semalam, bagi menjawab soalan Parti Pekerja (WP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang mengatakan kenaikan GST adalah regresif dan menjejas golongan miskin...





