SEBUAH pertubuhan hak asasi manusia bukan pemerintah (NGO) Malaysia cuba masuk campur dalam sistem kehakiman jenayah Singapura, dan Singapura perlu berjaga-jaga terhadap campur tangan asing sedemikian, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.
Beliau menonjolkan Lawyers for Liberty (LFL) kerana cuba mengerahkan pandangan awam dengan menggunakan dakwaan tidak berasas untuk membesar-besarkan isu perkauman...





