di saat kau lemah dalam dakapan uji getir kehidupan palingkanlah kiblat hatimu ke arah maghfirah dan rahmat Tuhan
di saat kau mulai resah lelah bergayut rapuh pada reranting pengharapan berpautlah pada pepohon iman di mihrab rindu kepasrahan

di saat kau lemah dalam dakapan uji getir kehidupan palingkanlah kiblat hatimu ke arah maghfirah dan rahmat Tuhan
di saat kau mulai resah lelah bergayut rapuh pada reranting pengharapan berpautlah pada pepohon iman di mihrab rindu kepasrahan
Negara-Negara harus terus mengejar keterbukaan dan kerjasama ekonomi melalui forum dan platform seperti Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec), walaupun konsensus sejagat yang selama ini mengekalkan keterbukaan kian lemah, kata Menteri Kedua Kewangan, Encik Jeffrey Siow.
Berucap di mesyuarat menteri kewangan Apec di Hong Kong pada 20 Oktober, beliau berkata langkah menandatangani Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) mungkin tidak lagi menjadi trend.
Satu penipuan melibatkan iklan palsu bagi kegiatan warga emas, senaman air, dan inisiatif kitar semula sedang menular di media sosial, dengan mangsa mengalami kerugian hampir $1 juta sejak April.
Sekurang-kurangnya 62 kes telah dilaporkan dalam tempoh tersebut, dengan jumlah kerugian mencecah sekurang-kurangnya $989,000, ujar polis dalam satu kenyataan pada 20 Oktober.
Dalam keadaan yang betul, hidup lebih lama boleh menjadi satu kelebihan negara, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah.
“Hakikat bahawa rakyat Singapura hidup lebih lama merupakan salah satu pencapaian negara kita yang terbesar,” katanya.
Tabung Simpanan Pekerja (CPF) Singapura mengekalkan penarafan gred A bagi tahun kedua berturut-turut dalam penarafan tahunan sistem pencen sejagat.
CPF merupakan sistem pencen pertama di Asia yang meraih gred A, dengan mata keseluruhannya meningkat daripada 80.8 pada 2025 kepada 82 dalam Indeks Pencen Global Marsh Institut CFA 2026.
Singtel dikenakan denda $1 juta berikutan gangguan rangkaian mudah alih berskala besar yang menjejas 720,000 pelanggan selama tiga hari pada Mac.
Ini menyusuli denda besar sebelumnya pada Disember 2025 apabila pengawal selia sektor itu, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), mengenakan penalti kewangan $1 juta ke atas syarikat telekomunikasi berkenaan.





