PERKHIDMATAN kereta api di Laluan Thomson-East Coast (TEL) dari stesen Woodlands North ke stesen Caldecott akan bermula lebih lewat, pada setiap Sabtu dan Ahad, mulai 26 Februari ini hingga 29 Mei.
Menurut satu kenyataan bersama oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT semalam, khidmat MRT akan bermula pada 8.00 pagi.






