PETALING JAYA - Pelakon Datuk Aaron Aziz mendedahkan kesakitan yang ditanggung selama ini berpunca daripada serangan tumor yang semakin membesar.
Katanya yang ditukil laman Kosmo! Online, beliau sepatutnya menjalani pembedahan segera dan berehat selama dua bulan namun terpaksa menangguhkannya disebabkan sudah terikat dengan komitmen kerja.






