Lebih 350 pemimpin akar umbi, sukarelawan dan rakan kongsi telah berhimpun untuk menjalankan ‘lawatan kesejahteraan’ ke atas lebih 19,000 isi rumah di Cheng San dari 9 hingga 10 Oktober.
Usaha ini membolehkan para sukarelawan bertanya khabar kepada penduduk di rumah, memantau sebarang tanda kesusahan di samping menghubungkan penduduk yang memerlukan bantuan kepada sokongan yang bersesuaian.





