KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, mengesahkan tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 Oktober ini, sebagaimana dilaporkan.
Sebaliknya, Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, dalam kenyataan pada 12 Oktober menyatakan Tuanku Muhriz akan memberikan tumpuan kepada urusan negeri iaitu Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu.





