DEMI menyebarkan keceriaan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Hougang telah mengedarkan beg habuan serta baucar kepada 60 keluarga kurang berkemampuan.
Melalui Dana Perundingan Pembangunan Jawatankuasa Masyarakat Hougang (Hougang CC CDWF), setiap keluarga menerima baucar bernilai $100 serta pek hadiah daripada Giant Hypermarket.





