Guru prasekolah akan menerima sekurang-kurangnya dua jam masa tanpa tugas mengajar setiap minggu mulai 1 November 2027, bagi memberi mereka lebih banyak masa untuk merancang pelajaran dan mendokumentasikan perkembangan setiap kanak-kanak.
Mengumumkannya di Majlis Penyampaian Biasiswa dan Anugerah Latihan tahunan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) pada 13 Oktober, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli, berkata langkah itu diambil...





