PERKHIDMATAN elektronik (e-khidmat) pemerintah yang mengalami gangguan tahun lalu mencatat median empat jam masa tergendala, dan menjejas pengguna kurang 0.1 peratus daripada masa itu.
Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, berkongsi perangkaan tersebut di Parlimen kelmarin, sambil menyifatkannya sebagai "masa tergendala kumulatif" bagi setiap perkhidmatan yang terjejas.





