JOHOR BAHRU: Cadangan memperoleh 12 set tren baharu KTM Komuter Selatan bagi meningkatkan kapasiti dan kekerapan perkhidmatan merupakan antara perkara yang dibincangkan kerajaan Johor dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata perbincangan itu turut menumpukan penyelarasan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan trafik di bandar Johor Bahru.





