PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah memberikan kontrak $758 juta untuk mereka bentuk dan membina terowong sepanjang 5 kilometer (km) untuk fasa kedua Laluan Rentas Pulau (CRL), dengan 2km daripadanya akan melalui di bawah Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah.
Ia juga memberi kontrak berasingan bernilai $496 juta untuk stesen pertukaran Punggol di bawah lanjutan CRL Punggol.





