Beberapa agensi pelancongan menyatakan mereka akan tetap meneruskan perjalanan untuk membawa jemaah menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci dalam tempoh dua minggu akan datang pada Oktober.
Keputusan itu diambil memandangkan buat masa ini, tiada sebarang pembatalan penerbangan daripada pihak syarikat penerbangan, dan ruang udara di Arab Saudi juga masih dibuka.





