Keadaan jerebu teruk pada petang 14 Oktober, mengaburkan pandangan dengan Menara Merdeka Maybank hampir tidak kelihatan, manakala Menara Kuala Lumpur juga diselubungi jerebu.
MalaysiaOct 15, 2026 | 6:22 PM

Jerebu memburuk di M’sia jejas kesihatan, perniagaan

Keadaan jerebu yang semakin buruk di Malaysia bukan sahaja menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan orang ramai, malah turut memberi kesan berbeza kepada perniagaan harian.

Sebahagian pengusaha aktiviti luar dan penjaja makanan antaranya berdepan kemerosotan pelanggan sejak awal Oktober, sekali gus menjejaskan punca pendapatan mereka.

Vivian, kawal selia teknologi, Minggu Siber Antarabangsa Singapura
SingapuraOct 15, 2026 | 7:24 PM

Vivian: Peraturan kawal teknologi tidak boleh dimonopoli pihak kuasa besar

Peraturan dan mekanisme kawalan yang mengawal teknologi yang memberi kesan kepada semua pihak tidak boleh dimonopoli oleh segelintir negara yang berkuasa serta syarikat-syarikat teknologi gergasi, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Beliau merujuk kepada peranan kecerdasan buatan dan syarikat-syarikat teknologi yang semakin meningkat dalam konflik serta diplomasi global.

pemimpin badan amal; Akta Pertubuhan Amal, David Neo, Charity Elevate, Majlis Amal, Pejabat Pesuruhjaya Pertubuhan Amal (COC)
SingapuraOct 15, 2026 | 7:00 PM

Inisiatif bimbingan baharu bantu pemimpin badan amal; Akta Pertubuhan Amal sedang disemak

Pemimpin pertubuhan amal akan dapat memanfaatkan bimbingan daripada pembimbing berpengalaman bagi memperkukuh kepimpinan dan tadbir urus organisasi masing-masing di bawah satu daya usaha baharu yang dilancarkan pada 15 Oktober.

Inisiatif bimbingan perintis Charity Elevate, yang diperkenalkan oleh Majlis Amal, akan memadankan ahli lembaga pengarah, ketua sumber manusia dan pegawai eksekutif utama dengan pembimbing yang mampu berkongsi pengetahuan serta pandangan mengenai...

Aktiviti pembelian rumah privet kembali meningkat menyusuli kelembapan aktiviti pasaran semasa bulan ketujuh kalendar lunar, bertepatan dengan perayaan Hungry Ghost.
EkonomiOct 15, 2026 | 6:02 PM

Jualan rumah privet baharu naik hampir seganda pada Sept

Pemaju hartanah di Singapura telah menjual 296 rumah privet baharu pada September, iaitu hampir seganda berbanding 153 unit yang dijual pada Ogos dan 16.1 peratus lebih tinggi daripada 255 unit yang dijual pada September 2025, menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 15 Oktober.

Pemaju hartanah melancarkan 158 unit tidak termasuk kondominium eksekutif (EC) pada September,...

pelitup, N95, jerebu, S’pura
SingapuraOct 15, 2026 | 5:58 PM

Jerebu memburuk: Warga S’pura beratur ambil pelitup N95

Sejak keadaan jerebu kian memburuk, Encik Mohd Sahir Samsuri, 78 tahun, yang menghidapi masalah jantung tersumbat, adakalanya mengalami kesukaran bernafas.

Justeru, dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) yang sudah mencecah lebih 200, iaitu tahap ‘sangat tidak sihat’, pelitup N95 menjadi satu keperluan penting buat Encik Sahir.

pementoran belia
SingapuraOct 15, 2026 | 5:55 PM

Program pementoran belia Kelab Mendaki tarik lebih 1,000 individu sejak 2021

Lebih 1,000 pembimbing, menti atau individu yang diberi tunjuk ajar, dan sukarelawan yang menganjurkan kegiatan telah melibatkan diri di bawah Program Masyarakat Peer anjuran Kelab Mendaki (MClub) sejak program itu dirasmikan pada Februari 2021.

Program itu bertujuan menyemai nilai positif dalam belia yang dipanggil menti, seperti keyakinan, kecekapan, kemasyarakatan, perwatakan dan perhubungan melalui pelbagai rangkaian kegiatan.

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video

Grace Fu: S’pura pertimbang ambil tindakan terhadap syarikat sebabkan jerebu
Play Video

Bahasa Melayu cerminkan nilai-nilai budaya Melayu
Play Video

Goreng Pisang atau Pisang Goreng?
Play Video

16 Jemaah Pekak & Bisu Berangkat Tunai Umrah
Play Video