Keadaan jerebu yang semakin buruk di Malaysia bukan sahaja menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan orang ramai, malah turut memberi kesan berbeza kepada perniagaan harian.
Sebahagian pengusaha kegiatan luar dan penjaja makanan antaranya berdepan kemerosotan pelanggan sejak awal Oktober, sekali gus menjejas sumber pendapatan mereka.





