Satu unit khusus yang memberi tumpuan kepada isu agama berkaitan wanita Islam dan keluarga telah ditubuhkan di bawah Pejabat Mufti bagi menyelaras penyelidikan, usaha mendampingi masyarakat serta kerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan.
Unit itu diselia Timbalan Pengarah Dasar dan Pembangunan Ugama (Fatwa), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Ustazah Raihanah Halid, merangkumi empat pegawai.





