Nasi beriani, ayam masak merah dan nasi minyak mungkin masih menjadi hidangan utama dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu/Islam, namun cita rasa pasangan muda kini semakin berubah.
Daripada nasi kerabu, lempeng dan pasta, hinggalah kepada pelbagai pilihan pencuci mulut, pasangan muda khususnya daripada Generasi Z atau Gen Z kini mahukan pengalaman menjamu selera yang lebih interaktif dan mencerminkan cita rasa peribadi...





