Apa yang bermula dengan penjualan baju vintaj berharga $17 oleh seorang pelajar politeknik pada 2012 kini berkembang menjadi Thingamajigs, jenama tempatan yang dikenali dengan cetakan berwarna-warni dan potongan yang lebar.
Pengasasnya, Cik Syida Abdullah, 32 tahun, pernah menuntut di Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah sebelum melanjutkan pengajian dalam sains makanan dan pemakanan di Politeknik Temasek.





