Singapura mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) pada tahap tidak sihat setiap hari sejak 5 Oktober – menandakan sudah 12 hari berturut-turut mutu udara buruk berterusan, yang paling lama dialami negara ini sejak krisis jerebu 2015.
Pada tahun tersebut, Singapura mengalami tempoh udara buruk selama 14 hari berterusan antara 23 September hingga 7 Oktober 2015, berdasarkan data sejarah bacaan PSI...





