ARAU (Perlis): Majlis Syura Ulama Parti Islam SeMalaysia (PAS) menetapkan bahawa sebarang bentuk perbincangan atau rundingan kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang mestilah memberi keutamaan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, berkata ketetapan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya baru-baru ini.





