Piala Asia, Arab Saudi, Singa
SukanOct 16, 2026 | 3:06 PM

Penganjuran Piala Asia AFC 2027 ‘ikut jadual’ meski ada serangan, kata penganjur Arab Saudi

RIYADH: Penganjur Arab Saudi berkata persiapan Piala Asia 2027 yang dijadualkan berlangsung pada Januari depan masih berjalan mengikut jadual, meskipun kebimbangan meningkat susulan serangan kumpulan Houthi ke atas negara itu.

Pegawai tertinggi bola sepak Asia berkata minggu ini bahawa kejohanan tersebut mungkin ditangguhkan ke 2028, namun menegaskan bahawa mereka “tidak perlu tergesa-gesa” membuat keputusan.

Menteri Pendidikan Singapura, Encik Desmond Lee (kanan), makan malam bersama keluarga Syed Saddiq Abdul Rahman (tiga dari kanan). Bersama dalam gambar (dari kiri) ialah ibu Syed Saddiq, Cik Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz; isterinya, Bella Astillah; dan dua anak tirinya, Ara Adreanna Mohammad Aliff dan Mohamad Ayden Adrean Mohammad Aliff.
Mata-mataOct 16, 2026 | 5:00 PM

Anak tiri Syed Saddiq berbaju tidur sambut Desmond Lee dalam ‘mesyuarat dua hala’

Suasana makan malam santai di rumah ahli politik Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mencuit hati apabila dua anak tirinya menyambut Menteri Pendidikan Singapura, Encik Desmond Lee, dengan hanya berbaju tidur. Dalam video yang dikongsi di Facebook pada 16 Oktober, anak-anak tiri Syed Saddiq – Mohamad Ayden Adrean Mohammad Aliff, sembilan tahun, dan Ara Adreanna Mohammad Aliff, enam tahun –...

SPL, Tampines Rover, Young Lions,
SukanOct 16, 2026 | 5:00 PM

Tampines buru kemenangan ketiga, Young Lions mahu henti deretan kekalahan

Tampines Rovers berpeluang meneruskan permulaan cemerlang mereka dalam Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini apabila menerima kunjungan pasukan muda Young Lions pada 18 Oktober dengan pasukan pelawat terdesak mencari jalan untuk menghentikan rentetan kekalahan yang semakin membimbangkan.

Dua perlawanan, dua kemenangan dan enam mata tanpa gawangnya dibolosi meletakkan Tampines pimpinan Nazri Nasir di tangga kedua liga, di belakang Geylang International...

Jason Chua Aik Leng sebelum ini mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan bersubahat dalam pemberian ganjaran secara rasuah.
SingapuraOct 16, 2026 | 4:38 PM

Pengarah syarikat dipenjara atas peranan dalam kes rasuah DSO National Laboratories

Seorang pengarah syarikat yang memberi rasuah secara tidak langsung kepada seorang kakitangan DSO National Laboratories dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dua minggu pada 16 Oktober.

Jason Chua Aik Leng, 67 tahun, sebelum ini mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan bersubahat dalam pemberian ganjaran secara rasuah.

ang mo kio, cross island, mrt, amk hub
SingapuraOct 16, 2026 | 4:29 PM

Lalu lintas di Ang Mo Kio dilencong dek kerja bina terowong CRL

Pengguna jalan raya dijangka mengalami kelewatan berhampiran AMK Hub selama 18 bulan apabila susunan jalan raya diubah bagi mengeluarkan kabel keluli yang terbelit di bawah tanah sehingga menghalang kerja pembinaan terowong Laluan Rentas Pulau (CRL).

Lencongan lalu lintas akan dilaksanakan dari 14 November 2026 hingga Mei 2028.

Penunjuk perasaan merempuh penghadang dipasang polis ketika mengadakan bantahan menuntut peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya India, Encik Gyanesh Kumar.
DuniaOct 16, 2026 | 4:17 PM

Gelombang bantahan semakin sengit, Gen Z banjiri jalan raya di India

NEW DELHI: Meskipun puluhan ribu anggota keselamatan dikerahkan untuk menghalang mereka, penunjuk perasaan muda di India memanjat penghadang, melaungkan slogan anti pemerintah dan bergelut dengan polis yang cuba mengheret mereka keluar semasa tunjuk perasaan pada awal Oktober.

“Hidup revolusi!” jerit seorang pemuda sebelum polis menyerbu dan membawanya masuk ke dalam bas.

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video

Grace Fu: S’pura pertimbang ambil tindakan terhadap syarikat sebabkan jerebu
Play Video

Bahasa Melayu cerminkan nilai-nilai budaya Melayu
Play Video