Yayasan Mendaki, baru-baru ini menyampaikan Anugerah Mendaki kepada sekumpulan anak muda setempat yang meraih kejayaan dalam bidang yang diceburi masing-masing. Empat daripada mereka berkongsi rahsia kejayaan dengan Berita Harian (BH).
Membesar dalam keluarga besar bersama enam adik-beradik, Encik Ashsyahid Hussin, 25 tahun, menyaksikan sendiri pengorbanan ibunya yang tidak pernah mengabaikan pendidikan anak-anak meskipun berdepan kekangan kewangan.





