Kumpulan K-pop BigBang dijadualkan mengadakan konsert di Stadium Nasional Singapura pada Sabtu dan Ahad ini. Pelitup muka, air minuman dan bantuan kecemasan akan disediakan susulan keadaan jerebu yang melanda Singapura.
SingapuraOct 16, 2026 | 7:14 PM

Pelitup muka, air minuman disediakan di konsert BigBang susulan keadaan jerebu

Kemudahan mendapatkan air minuman, pelitup muka dan bantuan kecemasan akan disediakan di Stadium Nasional Singapura sebagai persiapan menjelang konsert Kumpulan K-pop BigBang pada hujung minggu ini.

Menurut notis terkini Instagram penganjur konsert AEG Presents Asia hari ini, langkah itu diambil ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam kekal pada paras sangat tidak sihat di beberapa kawasan di Singapura.

pelitup N95, jerebu, Grace Fu
SingapuraOct 16, 2026 | 8:46 PM

Sekitar 10% warga telah ambil pelitup N95

Sekitar 10 peratus daripada warga Singapura yang layak telah mengambil pelitup N95 di kelab masyarakat serata Singapura, di samping mesin layan diri bagi pelitup di 37 hab pengangkutan awam dan Pejabat Khidmat Sosial (SSO) terpilih setakat 16 Oktober, umum Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.

Memberikan maklumat terkini berkenaan usaha pengagihan pelitup di sidang media pasukan petugas jerebu pada...

Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik Edwin Tong.
SingapuraOct 16, 2026 | 8:40 PM

Edwin Tong: S’pura perlu kekal waspada bahaya dadah

Singapura mesti kekal berwaspada dan berpendirian teguh dalam memperkukuh usaha pencegahan serta campur tangan awal, di samping mengekalkan mesej antidadah yang jelas dan konsisten.

Langkah ini penting bagi melindungi golongan muda dan memelihara kemajuan yang telah dicapai dalam membanteras dadah, memandangkan pengaruh boleh tersebar dengan pantas menerusi media sosial dan kandungan dalam talian, terutamanya dalam kalangan belia, kata Menteri Undang-Undang...

(Dari kiri) Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee; Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu; dan Pemangku Menteri Tenaga Manusia, Cik Jasmin Lau, dalam satu sidang media pada 16 Oktober untuk memberi kemas kini tentang keadaan jerebu di Singapura.
SingapuraOct 16, 2026 | 8:35 PM

Jasmin Lau: Majikan digalak benar kerja dari rumah semasa keadaan jerebu

Majikan digalakkan membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah sekiranya tugas mereka mengizinkan semasa keadaan jerebu di Singapura ini, terutamanya bagi mereka yang lebih mudah terjejas dengan keadaan tersebut, kata Pemangku Menteri Tenaga Manusia, Cik Jasmin Lau, pada 16 Oktober.

Menggesa agar majikan merancang bagi perubahan kepada aturan kerja dan langkah perlindungan bagi pekerja lebih awal sebelum keadaan jerebu semakin buruk,...

penutupan sekolah
SingapuraOct 16, 2026 | 8:30 PM

Penutupan sekolah, HBL dipertimbang jika paras PSI di tahap bahaya

Kementerian Pendidikan (MOE) akan mempertimbangkan langkah penutupan sekolah dan beralih ke sesi pembelajaran di rumah (HBL) bagi murid peringkat prasekolah hingga sekolah menengah, sekiranya Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam berada di tahap bahaya iaitu melebihi paras 300, kata Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee.

Berkongsi demikian di sidang media pasukan bertindak jerebu pada 16 Oktober, beliau berkata langkah sedia ada...

Seorang anggota bomba daripada Agensi Pengurusan Bencana Wilayah memadamkan kebakaran hutan di Kampung Sungai Rambutan, Ogan Ilir, Sumatera Selatan pada 11 September.
SingapuraOct 16, 2026 | 8:27 PM

Grace Fu: S’pura tawar bantuan reda jerebu, masih nantikan respons Indonesia

Singapura belum menerima sebarang jawapan daripada Indonesia berhubung tawarannya untuk membantu usaha memadam kebakaran yang menjadi punca jerebu di rantau ini, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.

Semasa berucap dalam satu sidang media bersama pada 16 Oktober, Cik Fu menyatakan bahawa beliau telah menghubungi rakan sejawatnya dari Indonesia dan menawarkan bantuan awam bagi menyokong usaha memadam kebakaran, serta...

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video

Grace Fu: S’pura pertimbang ambil tindakan terhadap syarikat sebabkan jerebu
Play Video

Bahasa Melayu cerminkan nilai-nilai budaya Melayu
Play Video