Jerebu di Singapura berisiko mencapai tahap berbahaya, dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) melebihi 300 dalam beberapa hari mendatang dek keadaan cuaca, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada 16 Oktober.
Bagaimanapun, tempoh peralihan monsun – yang dijangka bermula dalam tempoh tiga hingga empat minggu – kemungkinan besar akan meningkatkan mutu udara, kata beliau dalam satu sidang media...





