SEBUAH Pejabat Oftalmologi Global Snec (Snec GO) telah ditubuhkan bagi memusatkan usaha Pusat Mata Nasional Singapura (Snec) dan Institut Kajian Mata Singapura (Seri) mencegah kebutaan di rantau ini.
Pejabat itu akan bekerjasama dengan entiti seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan badan bukan kerajaan (NGO), seperti Agensi Antarabangsa bagi Mencegah Kebutaan (IAPB).





