JAKARTA: Puluhan orang utan yang diancam kepupusan berjaya diselamatkan sejak beberapa minggu lalu daripada kebakaran hutan yang merebak merentasi Indonesia, kata kumpulan pemeliharaan.
Kebakaran yang mencetuskan pencemaran berpanjangan selama beberapa bulan itu telah menyebabkan langkah penutupan sekolah, meningkatkan kes penyakit pernafasan dalam kalangan orang awam serta haiwan, dan mengehadkan aktiviti luar di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Timor-Leste.





