Tidak perlu takut menghadapi kematian. Sebaliknya, umat Islam perlu mempersiapkan diri dengan amal soleh dan sentiasa bersangka baik kepada Allah.
Demikian antara pesanan yang dikongsi cendekiawan Islam terkemuka Indonesia, Profesor Dr Muhammad Quraish Shihab, dalam ceramah bertajuk, ‘Alam al-Barzakh’ di Raffles Town Club, pada 9 Oktober.





