KUALA LUMPUR: Malaysia kekal bersedia menghulurkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, selain mengusulkan mekanisme kerjasama pada peringkat Asean bagi memperkukuh usaha bersama menangani masalah itu.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau memantau dengan teliti perkembangan kebakaran berkenaan yang turut menjejas kesihatan dan kehidupan harian rakyat Malaysia, termasuk menyebabkan...





