SEKITAR 20,000 pendaftar haji di Singapura telah mengesahkan dan mengemas kini butiran mereka dalam sistem pendaftaran haji baru Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sejak beberapa bulan lalu.
Baki sekitar 15,000 lagi pendaftar dalam senarai menunggu haji belum lagi mengakses portal baru yang digelar MyHajSG itu.





