Tabung Simpanan Pekerja (CPF) Singapura mengekalkan penarafan gred A bagi tahun kedua berturut-turut dalam penarafan tahunan sistem pencen sejagat.
CPF merupakan sistem pencen pertama di Asia yang meraih gred A, dengan mata keseluruhannya meningkat daripada 80.8 pada 2025 kepada 82 dalam Indeks Pencen Global Marsh Institut CFA 2026.





