Negara-Negara harus terus mengejar keterbukaan dan kerjasama ekonomi melalui forum dan platform seperti Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec), walaupun konsensus sejagat yang selama ini mengekalkan keterbukaan kian lemah, kata Menteri Kedua Kewangan, Encik Jeffrey Siow.
Berucap di mesyuarat menteri kewangan Apec di Hong Kong pada 20 Oktober, beliau berkata langkah menandatangani Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) mungkin tidak lagi menjadi trend.





