STOCKHOLM: Singapura dan Sweden mengesahkan komitmen untuk mempereratkan kerjasama dalam bidang tenaga, khususnya dalam peralihan kepada tenaga bersih, pada 20 Oktober.
Institusi pendidikan dari kedua-dua negara itu turut bersetuju untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang seperti penyelidikan dasar awam dan pertukaran akademik sempena lawatan negara Presiden Tharman Shanmugaratnam ke Sweden.





