Sebanyak 11 stesen di fasa ketiga Laluan Thomson-East Coast (TEL), menjangkau dari Stevens melalui Outram Park dan Orchard ke Gardens by the Bay, akan mula beroperasi bagi penumpang berbayar pada 13 November ini. Untuk meraikan pembukaannya, semua penumpang akan dapat menaiki kereta api secara percuma di stesen-stesen baru pada 11 November ini. Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan tarikh pembukaan laluan...





